Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan sesiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.

(Surah Ath-Thalaq 65: 3)
Dari meja usahawan SOHO bertarikh 22 Oktober 2012:
Syed Mohd Saiful Ikhwan
q+60133936460
Pengedar Berdaftar
Assalamualaikum wbt..

Pertama sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa di website ini dan saya percaya hadirnya anda di sini telah ditakdirkan Allah S.W.T. Nama saya Syed Mohd Saiful Ikhwan dan saya telah diberi kepercayaan oleh penulis buku ini iaitu tuan Fathuri Salehuddin untuk mengedarkan buku yang penuh pengisian ini sebagai pengedar yang sah.

Untuk pengetahuan anda, buku ini adalah dalam betul fizikal dan bukannya dalam bentuk digital atau 'e-book'. Dengan membeli buku dari web ini kami akan menghantar buku ini ke alamat yang anda kehendaki. Oleh itu, ianya boleh dimanfaatkan oleh anda seisi keluarga dan kandungannya juga tidak luput kerana ilmu yang disampaikan boleh diguna pakai seumur hidup.

Tahukah anda...? Menjemput Rezeki Lebih Mudah Berbanding Mencari Rezeki….?

Inilah perkara yang ditekankan di dalam buku ini. Ianya menceritakan tentang mudahnya menjemput rezeki dari Allah S.W.T.

"Masya-Allah, buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki’ memberi penerangan yang komprehensif kepada semua di luar sana yang sering ‘risau’ dengan rezeki mereka. Insya-Allah buku ini bakal membuka mata, minda dan mengubah persepsi anda mengenai ‘rezeki’ anda selama ini."
Wardina Safiyyah
Pengacara TV3
"Semua orang mahukan rezeki. Ramai orang 'bertarung' untuk mendapatkan rezeki. Tidak sedikit juga yang berkeluh kesah kerana tidak cukup rezeki. Kerana itulah buku ini relevan untuk semua orang, terutamanya mereka yang bergelar usahawan.

Idea yang ada di dalam buku ini memberikan perspektif yang sungguh menyegarkan mengenai rezeki. Kesegaran itulah yang bakal membangkitkan kekuatan baru bagi mereka yang ingin menggandakan apa yang telah perolehi sekarang.

Dengan memahami dan mengamalkan idea ini, rezeki akan 'mengerumuni' anda - sehingga anda 'terpaksa' menerima rezeki, bukan lagi berkeluh kesah kerana rezeki."

Tuan Hj. Fadzli Yusof
Professional Trainer, Writer
Untuk mengenali lagi tentang penulis buku ini, apa kata kita tonton video pengenalan yang disampaikan sendiri oleh penulis buku ini




Semestinya ilmu yang sebegini amat bermanfaat untuk dipelajari. Jadi tidak hairanlah mengapa buku ini amat laris dan permintaannya semakin meningkat dari hari ke hari. Berikut adalah tajuk isi kandungan buku ini:


  • B
    Bahagian 1
  • B
    Bahagian 2
  • B
    Bahagian 3
  • B
    Bahagian 4
Bahagian 1: Apa Itu Rezeki?
BAB 1 Rezeki Bukan Sekadar Nampak Di Mata
BAB 2 Udara, Air dan Gunung Adalah Rezeki
BAB 3 Ilmu Adalah Rezeki
BAB 4 Kaitan Antara Usaha dan Rezeki
BAB 5 Harta & Rezeki
BAB 6 Allah sentiasa Membantu
BAB 7 Hubungan Rezeki dan Iman
BAB 8 Rezeki, Apakah Bertambah atau Tidak…?
BAB 9 Tangkal, Kayu dan Batu Azimat Menambah Rezeki..?
BAB 10 Kunci Rezeki
Buku setebal 184 mukasurat ini mempunyai 4 bahagian yang
memaparkan 40 bab yang berlainan tajuk. Anda hanya perlu klik
pada tab 'bahagian' di atas untuk melihat tajuk-tajuknya.
"Membaca buku ini akan menambah keyakinan kita. Sesungguhnya rezeki itu semuanya dari Allah. Menjemput rezeki akan menjadi sangat mudah dengan melakukan apa yang Allah suka."
Ustaz Abdullah Fahmi
Juara Akademi Al-Quran Musim Pertama
"Pencapaian mutakhir seorang insan dalam berprestasi di atas muka bumi ini ialah…apakah amalan atau pekerjaan yang sedang ditekuninya bisa meraih ‘rasa senang di luar dan rasa tenang di dalam.’

Justeru pilihlah pekerjaan yang diredhai Allah SWT dan disenangi oleh makhluk sahaja.

Menjemput rezeki adalah satu bentuk amalan paling beradab dalam mendapatkan kekayaan. Menjemput jauh berbeza dengan mencari, memburu, merebut, apatah lagi merampas, memeras atau memanipulasi.

Jika kita berniaga dengan orientasi menjemput rezeki, pastilah Allah SWT redha dan manusia senang dengan bisnes kita. Buku ini adalah satu modul latihan yang lengkap dan praktikal ke arah melahirkan usahawan muttaqin. Mudah-mudahan bertambah bilangan OKB (Orang Kaya Bertakwa) di daerah tercinta kita ini.

Anda akan terpesona dengan keberkesanannya kerana luar biasa dan luar jangka akal biasa. "

Dato’ Dr. Hj. Rusly Abdullah @ Chef Li
Penulis buku bestseller ‘Menjejak Jutawan Senyap’/ Mentor Jutawan Senyap / Pengerusi, PFG Kelantan Gold.
Buku ini menjadi amat menarik kerana penulis banyak berkongsi pengalaman beliau sendiri mengenai rezeki. Antara yang dikongsi adalah seperti beliau pernah ditanya oleh seseorang.
Aku kenal seseorang yang tidak solat. Rumahnya besar, keretanya beberapa buah dan mahal-mahal pula. Anak-anaknya pandai-pandai belaka dan belajar tinggi. Rezekinya nampak banyak, walhal dia tidak solat. Tidak solat pun Allah beri rezeki yang begitu banyak?
Saya percaya anda sendiri pernah mengetahui atau melihat sendiri individu seperti yang dimaksudkan. Jauh di sudut hati anda, perkara ini sering terlintas walaupun anda tidak pernah bertanya, mahupun menyuarakan isi hati anda.

InsyaAllah.. Melalui buku ini anda akan menemui jawapannya. Apa yang ditulis penulis bakal mendedahkan hakikat rezeki yang sebenar. Yang pastinya mencari rezeki orang yang beriman sangat berbeza dengan cara orang yang tidak beriman. Buku ini bermaksud memberi kefahaman yang betul khususnya dalam membentuk kepercayaan tentang rezeki.

Jadi, begitulah hebatnya kandungan buku ini. Saya percaya anda berminat untuk membelinya dan tertanya-tanya berapakah pula harganya?

Janganlah anda risau. Harganya tidaklah setinggi itu. Tetapi memang benar ramai yang sanggup membelanjakan ratusan malah ribuan ringgit untuk mengambil kursus menjana pendapatan, pekej-pekej bisnes online, dan membeli panduan-panduan ebook cara menambah pendapatan. Tetapi tidaklah setanding mempelajari satu ilmu 'menjemput rezeki' yang boleh diamalkan sebagai bekalan di dunia dan di akhirat. Untuk pengetahuan anda, harga buku ini hanyalah..
Peringatan: Produk ini adalah dalam bentuk fizikal yang boleh disentuh dan dipegang. Ia bukanlah ebook dalam format PDF. Setelah membuat pembelian, produk akan dihantar ke alamat yang anda kehendaki. Produk boleh dihantar ke alamat anda sendiri atau dihadiahkan kepada orang lain. Kami akan menghantar mengikut alamat penghantaran yang anda tetapkan.
Miliki buku ini pada hari ini. Tidak semestinya perlu membelinya untuk diri anda sendiri malah anda juga boleh menghadiahkannya kepada rakan-rakan, ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang anda ingini. Sudah tentu ia adalah sebuah hadiah yang berharga serta simbolik yang bakal memberi manfaat berguna kepada sesiapa yang membacanya.

Akhir kata, harapan saya adalah supaya buku ini tersebar di seluruh negara supaya sama-sama dapat kita dalami pengertian serta hakikat sebenar rezeki. Maafkan saya jika ada tersilap kata yang pastinya semua yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T, dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Semoga buku ini memberi manfaat yang baik serta mampu mengubah perspektif anda mengenai rezeki.

Yang benar,

Syed Mohd Saiful Ikhwan
q+60133936460
Pengedar Berdaftar
P/S: Kami juga sedang mencari pengedar untuk mengedarkan buku ini secara online dan offline. Anda boleh klik pada ruangan pengedar untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara-cara untuk menjadi pengedar buku ini. InsyaAllah, anda boleh menjana pendapatan sampingan hasil keuntungan yang dibahagikan kepada anda.